Nuffnang Ads

Mengenai MizzRog

BIO-DETAIL

   Nama aku Siti Rogayah binti Roslan dan nama penaku pula MizzRog atau pun Kak Rog. Aku dilahirkan pada 25 Disember 1980 di Hospital Daerah Kota Tinggi tepat pada pukul 12.32 tengahari pada hari Selasa. 
Kerjaya aku sekarang hanyalah sebagai juruwang di Pasaraya Kini Sdn. Bhd yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Tinggi berhadapan pula dengan Sungai Kota Tinggi.
   Hobi ku pula...hmmm...aku suka memasak lebih-lebih masakan yang pelik-pelik tetapi bukanlah yang merapu merapik. Aku juga suka melukis terutamanya melukis rekaan fesyen dan kad2 tapi belum rezeki aku untuk mengkomersialkan rekaan aku yg kebanyakkannya dah lebur dalam tong sampah..hahahaha..
Selain tu, aku jugak berminat menulis blog dan cerpen walaupun idea aku kadang-kadang tenggelam timbul serta penyusunan ayat-ayat aku tunggang langgang..hehehe..
   Mengenai diri aku..hmmm...taklah sehebat mana. Senang cerita memang tak hebat pun. Tak ada apa yang menarik dalam hidup aku. Semuanya biasa-biasa saja. Cuma aku ni seorang yang sering suka bersabar, tersenyum dan suka bersendirian. Tak tahulah kenapa?
   Falsafah! hmm...Kesabaran itu adalah sebuah perisai terhebat. Kesempurnaan adalah impian setiap manusia namun untuk mencapainya adalah semustahil menggapai bintang di langit.